Skip navigation


Produk No. 1 Pilihan Pembeli Online

Sila layari blog dibawah….

http://ikanterubokmasinsarawak.blogspot.com


Ikan Terubok Masin Sarawak merupakan makanan kegemaran penduduk di Sarawak. Keenakan isinya yang sanggup serta perisa “Masin” yang luar biasa atau lebih dikenali RASA Ummmp menambahkan selera makanan.

Apa lagi jika ianya ditambahkan dengan perahan limau kasturi serta dicecah dengan cili padi. ITMS ini sangat popular sehinggakan pelancong dari Semenanjung Malaysia pasti balik dengan membawa bungkusan ITMS.

Cozy Groups selalu mendapat tempahan dari orang ramai. Ada pula yang bertanya bagaimana membeli ikan terubok masin sarawak yang “ORI” atau yang import. Yang mana tidak banyak tulang dan sebagainya. Malah bila kami ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan, ada yang memesan IKAN TERUBOK MASIN SARAWAK( ITMS).

Oleh itu, timbulah idea CozyGroups untuk memulakan perniagaan ikan terubok secara “Online” dan pesanan melalui telefon.

Tempahlah Sekarang!!!!!!! Jangan Tunggu Lagi!!!!!!!! Kami menyediakan ITMS yang paling murah dan bermutu tinggi…………………..


CARA TEMPAHAN

1. Tempahan melalui telefon
Bagi mereka yang berada di Kuching sahaja.

Bagi mereka yang berada di Kuching atas urusan peribadi, perniagaan atau menghadiri kursus/seminar/bengkel mahupun yang bercuti dan tidak berkesempatan atau tidak mempunyai masa yang cukup ANDA boleh membuat pesanan ITMS dengan menelefon kami di talian 013-8828972 dan kami akan menghantar terus ke hotel tempat anda menginap.

Cara Tempahan:
Telefon 013-8828972 dan nyatakan Pilihan ITMS Anda dan Hotel dimana anda menginap

Kos Pengangkutan adalah PERCUMA

Untuk Pembeli di Kuching Sahaja.

Cara Pembayaran:
Tunai Sahaja

Cara Penghantaran:
Terus ke Hotel Anda

Produk Terlaris!!!!!!!!!!!

Kategori Ikan Terubok Masin Sarawak(ITMS)

(Pilihan A)
Harga Seekor:RM3.00 (Minimum Tempahan 4 ekor)

(Pilihan B)
Harga Seekor:RM7.00 (Minimum Tempahan 3 ekor)

(Pilihan C)
Harga Seekor:RM12.00 (Minimum Tempahan 2 ekor)

(Pilihan D)
Harga Seekor:RM18.00

——————————————————————–
####################################################################
——————————————————————–
2. Tempahan Melalui “Online”
Produk Terlaris!!!!!!!!!!!

(Pilihan A)
Harga Seekor:RM3.00 (Minimum Tempahan 4 ekor)

(Pilihan B)
Harga Seekor:RM7.00 (Minimum Tempahan 3 ekor)

(Pilihan C)
Harga Seekor:RM12.00 (Minimum Tempahan 2 ekor)

(Pilihan D)
Harga Seekor:RM18.00

Tidak Termasuk Kos Penghantaran

Cara Tempahan:

E-mail ke cozygroups@yahoo.com atau SMS 013-8828972 dan
nyatakan

Nama Anda:
Alamat surat menyurat anda:
Pilihan ITMS Anda
Jumlah Tempahan: Contoh Pilihan A -maksimum 4 ekor atau mungkin anda hendak tempah 5 atau 6 ekor)

Kami akan maklumkan jumlah kos penghantaran melalui e-mail atau SMS.

Selepas itu ikuti arahan selanjutnya seperti dibawah untuk tujuan pembayaran

Cara Pembayaran:

Sila Bayar Menerusi:

ke akaun: 1-11016-3003357-2
Irene Mathew

Apabila bayaran telah dibuat sila SMS maklumat di bawah ke 013-8828972

Nama Anda:
No. Transaksi Bank:
Masa Bayaran:
Tarikh Bayaran:
Alamat-email anda:

Apabila bayaran telah dibuat sila email maklumat di bawah ke cozygroups@yahoo.com atau SMS ke 013-8828972

Nama Anda:
No. Transaksi Bank:
Masa Bayaran:
Tarikh Bayaran:
Alamat-email anda:
Alamat surat menyurat Anda(Untuk pengesahan)

Ikan Terubok Masin Sarawak(ITMS) akan dihantar dalam tempoh 12 jam sebaik sahaja pengesahan pembayaran telah dibuat.

atauatau

Sekian Terima Kasih

Cozygroups

Ikan Terubok Masin Sarawak (ITMS)

Ikan Terubok Masin Sarawak (ITMS) merupakan makanan kegemaran khususnya penduduk tempatan di Sarawak. Keenakkan isi ikan terubok yang masin serta ranggup apabila dimakan cukup menyelerakan. Apa lagi jika ikan terubok masin sarawak dimakan dengan perahan limau kasturi dan cili padi. Malah ianya sangat popular bukan sahaja dikalangan penduduk tempatan tetapi penduduk di Semenanjung Malaysia(SM).

Ikan terubok juga enak dimakan sekiranya digrill (BBQ)
Taburkan Garam pada aluminium foil
Letakkan Ikan Terubok pada aluminium foil dan taburkan semula garam

Lepat aluminium foil


Grillkan (BBQ)


Selepas masak buka aluminium foil…Yum…yumm


Buangkan Kulit Ikan Terubok Masin

Hidangan siap

Di samping itu juga, telur ikan terubok masin tidak kurang hebatnya. Walaupun mahal (boleh mencecah RM170 sehingga RM200 sekilogram), tetapi disebabkan permintaan terhadapnya sangat tinggi, ada pengguna sanggup membeli pada harga yang mahal. Bagi pengguna yang ingin mencuba, apa salahnya.

Kepopularan Ikan Terubok Masin Sarawak ini telah menarik para pelancong dari SM dan Singapura untuk datang ke Kuching samada melancong atau bertugas atas tugas rasmi/kursus sudah semestinya tidak akan ketinggalan membawa bungkusan ikan terubok masin samada untuk juadah keluarga atau untuk diagihkan kepada kawan-kawan. Cozygroups selalu mendapat tempahan dari rakan-rakan serta pembeli sekiranya pihak kami ada urusan kerja di Kuala Lumpur kerana kos penghantaran yang murah.

Bagi pengguna yang inginkan rasa masin, anda tidak perlu mencuci ikan terbok masin tersebut sebelum digoreng. Tetapi sebalik pengguna yang ingin mengurangkan rasa masin (sederhana) lebih baik cuci sebelum masak bagi mengurangkan kadar kemasinan pada ikan tersebut.

Jenis-jenis Ikan Terubok
Terdapat dua (2) dua jenis terubuk di Sarawak iaitu:-
(a) Terubuk laut atau Tenualosa macrura yang bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk;

(b) Terubuk sungai (Tenualosa toli) muncung (mulut lebih besar dan panjang) juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini.


Fakta Mengenai Ikan Terubuk Masin Sarawak

Terubok ini hanya terdapat di sungai-sungai utama di Sarawak iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Lassa. Manakala bagi terubok bermulut kecil T. macrura, yang kurang diminati, kebanyakkanya terdapat di persisiran perairan pantai Sarawak terutamanya di persisiran perairan hutan bakau dari Tg. Datu ke Tg. Sirik.


Kawasan Tangkapan Terubok

Tanjung DatuTerubok merupakan ikan pelagic di dalam famili “Clupeidae”. Penentuan jantina ikan terubok hanya dapat dkenal pasti apabila menjangkau dalam usia dua tahun dan bertelur(bergravid). Mengikut kajian Jabatan Perikanan laut Sarawak T. Toli mulai bertelur dari bulan September hingga Oktober dan berkurangan pada bulan November. Walaubagaimanapun, ikan terubok banyak memasuki sungai dari bulan April hingga bulan Oktober.

Musim Ikan terubok

Musim ikan terubok bermula agak lambat tetapi pendek (Jun hingga Oktober) bagi kawasan Btg. Lupar, manakala bagi Btg. Lassa pula, musimnya berpanjangan selama 6 bulan (April hingga November) (Willmann, et al., 1989 dan Albert, 1988). Faktor ini disebabkan perpindahan (migratory) terubok berbeza antara Btg. Lupar dan Btg. Lassa.

Biologi

Terubok jantan didapati dalam ukuran panjang (fork length/FL) 12.8-34.0 cm, manakala betina ialah dari 14-46.2cm dan mempunyai purata berat 178.2g dan 533.9g masing-masing. Ini menunjukkan bahawa ikan jantan adalah kecil berbanding dengan ikan betina. Kajian ini mendapati terubok boleh membesar sehingga 58 cm atau fork length.

Gambarajah diatas menunjukkan kadar berat ikan terubok bagi setiap bahagian/daerah di seluruh negeri Sarawak.

Empirit adalah anak terubok dan mempunyai ukuran panjang (FL) lebih kurang 29cm merupakan kematangan peringkat pertama bagi terubok. Ketika berusia bawah setahun, ikan yang banyak tulang ini dikenali sebagai empirit oleh penduduk tempatan.

Oleh itu, emperit dijual dengan harga yang murah dan EMPERIT ini mempunyai BANYAK TULANG. Bagi sesiapa yang ingin membeli ikan terubok masin PASTIKAN!!!!! anda membeli ikan terubok masin yang telah MATANG (DEWASA).

Kebanyakkan pengguna hanya membeli ikan terubok masin di pasaran hanya kerana ianya dinamakan IKAN TERUBOK MASIN. Anda juga perlu bijak memilih Ikan Terubok Masin ASLI dari Sarawak.. Anda juga perlu bijak mengenalpasti yang mana empirit dan yang mana terubok matang.

Tidak semua yang tahu mengenai ini…Hanya tengok ikan terubok masin lalu beli…. Sebagai pengguna ANDA harus mengetahui HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA.. Selidik dahulu….

Tapi bagaimana hendak mengetahui bentuk ikan terubok dewasa dan empirit Saya lihat semua ikan terubok masin sama saja ???

Empirit banyak didapati pada permulaan musim dan dipenghujung musim terubok. Purata bilangan telur dalam ovari ikan terubok betina adalah lebih kurang 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian menjadi matang sebagai yang dikenali sebagai terubuk dan bergantung kepada saiz ikan tersebut. Proses peneluran ini berlaku hanya sekali dalam setahun iaitu dari bulan Jun hingga Oktober.

Terubok banyak ditangkap di muara sungai apabila terdapat tahap kemasinan yang agak rendah. Keadaan ini juga ada mempunyai kaitan dengan jumlah hujan dari hulu sungai.

TERUBUK di Sarawak hanya dapat ditentukan jantinanya apabila menjangkau usia dua tahun dan bertelur. Sebelum tempoh itu, ketika berusia bawah setahun, ikan banyak tulang berkenaan dikenali sebagai empirit di kalangan penduduk tempatan. Saiznya sekitar 27 sentimeter panjang.

Mengikut kajian Commonwealth Scientific & Industrial Research Organisation (CSIRO Australia), Ikan terubok mempunyai sejarah putaran kehidupan yang sangat komplek dan ikan ini akan betukar jantina (protandrous hermaphrodite) and hanya hidup diantara 2 hingga 3 tahun.

Seekor terubuk yang berusia dua tahun, mampu menghasilkan antara 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian matang sebagai terubuk.

Terubuk laut didapati banyak di persisiran pantai dari Tanjung Datu hingga ke Tanjung Sirik. Manakala terubuk Sarawak di perairan muara sungai seperti Batang (sungai) Lupar, di Sri Aman, Batang Lassa di Mukah, Batang Sadong di Samarahan dan Batang Saribas di Betong.

Gambar di bawah menunjukkan kawasan dimana terdapat ikan terubok

Sungai Batang Lassa


Sungai Batang Lupar

Bagaimanapun, popularitinya secara langsung akan mengancam pembiakannya apabila berlaku kegiatan perikanan tidak terkawal disebabkan permintaan tinggi terhadapnya terutama yang bertelur, selain kegiatan pembangunan di kawasan pembiakan.Mengikut kajian Institut Pembangunan Sarawak (SDI) mendapati jumlah tangkapan ikan di Batang Lupar dan Batang Lassa semakin merosot disebabkan beberapa faktor seperti berikut:-
(a) penangkapan ikan tidak terkawal menyebabkan spesies itu tidak sempat sampai tempoh matang dua tahun untuk menjadi terubuk betina dan bertelur untuk meneruskan pembiakan;(b) kawasan pembiakannya dicerobohi; dan(c) kegiatan menyedut pasir di muara laut dan sungai. Ini disebabkan muara sungai yang berair payau sering menjadi tumpuan terubuk bertelur, apabila tiba musimnya.Berikutan kepupusan itu, harga pasaran terubuk Sarawak semakin mahal terutama di Semenanjung yang mencecah RM30 sekilogram, manakala telur dijual RM150 hingga RM200 sekilogram.
Kajian saintifik yang dilakukan di Pusat Pembiakan Terubuk di Lingga, Sri Aman menunjukkan ikan itu tidak boleh dipelihara di kolam seperti talapia dan siakap kerana ia memerlukan habitat semula jadi seperti muara laut dan muara sungai untuk bertelur.
Seperkara lagi, ikan terubok masin sekarang banyak ikan terubok yang diimport dari Negara luar seperti Indonesia, India, Thailand, Bangladesh, Burma, Pakistan dan Kuwait. Namun perbezaan ketaranya adalah pada rasa ikan terubok masin itu sendiri. Ikan terubok (local) Sarawak merupakan ikan yang mempunyai nilai rasa yang cukup manis dan lazat apa lagi jika ianya dijadikan ikan terubok masin. SEBAB ITU COZYGROUPS memberi nama IKAN TERUBOK MASIN SARAWAK atau (ITMS). Perbezaan antara terubuk Sarawak dengan terubuk import, ialah terubuk tempatan berkepala besar tetapi pendek manakala ikan import berkepala bulat dan panjang. Sayang sekali, banyak pengguna yang keliru atau tertipu kerana tidak dapat mengenal pasti bahawa banyak empirit yang dijual di pasaran sekarang cuma pengguna yang tidak tahu perbezaannya. Oleh itu, cozygroups ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan para pembeli bahawa kami adalah penjual Ikan Terubok Masin Sarawak yang ORIGINAL secara Online sahaja. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi (pemborong) Agen, pihak kami amat mengalukan-galukan kerjasama anda.


Kini, Ikan Terubok Masin Sarawak(ITMS) juga boleh didapati di ebay.com.my

atau layarilah http://ikanterubokmasinsarawak.blogspot.com

Berita Terkini Cozy Groups

Pihak Pengurusan CozyGroups ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan tuan/puan kepada CozyGroups. Sempena ulang tahun penubuhan Cozygroups yang pertama, Pengurusan Cozygroups dengan ini mengumumkan bahawa dengan setiap pembelian Ikan Terubok Masin Sarawak (ITMS), Anda akan mendapat seekor ITMS secara PERCUMA. Tawaran ini sah pada 10 November sehingga 31 Disember 2008.

Tawaran ini sah sementara stok masih ada.

Jangan lepaskan peluang ini.

Terima Kasih.

CozyGroups.

………………………………………………………………………………….

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

1. Adalah ikan terubok masin sarawak yang anda jual ini halal?
Ya, ikan terubok masin sarawak yang kami jual adalah dijamin halal.

2. Adakah tempahan termasuk kos penghantaran?
(a) Untuk Pembeli di Kuching kos penghantaran adalah percuma.
(b) Untuk Pembeli
“On line”, tempahan adalah tidak termasuk kos penghantaran. Kos Penghantaran akan di maklumkan melalui e-mail atau SMS setelah kami mendapat jenis PILIHAN and serta jumlah tempahan yang dibuat.

3. Adakah anda menjual ITMS yang ORIginal?
Ya, kami hanya menjual ITMS yang ORIginal bagi menjamin keaslian rasa ikan terubok masin dari SARAWAK.

4. Kalau saya buat tempahan, satu untuk saya di KL dan satu dihantar terus ke kampung saya di Terengganu, boleh anda hantar?
Kami boleh hantar ITMS ini terus ke rumah anda atau ke alamat yang anda berikan kepada kami.

5. Kalau saya sudah masukkan duit ke Bank, bila tuan boleh hantar ITMS?
Sebaik sahaja pengesahan pembayaran dibuat, kami akan menghantar dengan segera.

6. Kalau saya buat tempahan pada hari Sabtu, boleh anda hantar pada hari minggu?
Sebarang tempahan yang dibuat pada hari Sabtu atau hari Ahad, kami akan menghantar pada hari bekerja iaitu hari Isnin hingga Khamis.

…………………………………………………………………………………..

Cozy Groups banyak menerima tempahan daripada para pelanggan yang menempah untuk majlis kenduri kahwin dan sebagainya di saat-saat akhir. Kami nasihatkan pelanggan yang ingin menempah untuk kenduri kahwin atau majlis-majlis makan, sila buat tempahan dan pembayaran dalam masa tiga (3)hari sebelum majlis atau kenduri tersebut diadakan bagi memastikan tempahan sampai tepat pada masa sebelum majlis diadakan. Tempah Sekarang!!!! Isikan Borang Tempahan di http://ikanterubokmasinsarawak.blogspot.com

…………………………………………………………………………………..
10/11/2008

Atas permintaan ramai, kami dengan ini mengumumkan promosi, dengan setiap pembelian Ikan Terubok Masin Sarawak, ANDA akan dapat SEEKOR PERCUMA, YA PERCUMA (SAMA SAIZ) mengikut jenis pilihan tempahan anda atau yang mana lebih besar bagi setiap pembelian ITMS daripada COZY GROUPS. Promosi ini berkuatkuasa 10/11/2008 sehingga 31/12/2008. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini. Tempah sekarang sementara stok masih ada.

……………………………………………………………………………………

3 November 2008

Pihak Pengurusan CozyGroups ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan tuan/puan kepada CozyGroups. Sejak kami melancarkan promosi pada bulan Okotber 2008 setiap pembelian Ikan Terubok Masin Sarawak (ITMS) dari Cozy Groups, para pembeli akan dapat seekor percuma.

Permintaan dari para pembeli adalah diluar dugaan kami. Sejak promosi tersebut dilancarkan, kami terpaksa bertungkus lumus menerima tempahan yang amat menggalakkan. Dari menerima tempahan, membungkus dan menghantar tempahan. Kami menerima banyak tempahan dari SMS dan e-mail. Kami hampir kehabisan stok. Namun demi komitmen kami kepada anda, kami cuba sedaya upaya menyiapkan kerja penerimaan tempahan dan penghantaran ITMS.

Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih.

NAMUN DEMIKIAN, JANGAN LUPA KEJUTAN KAMI UNTUK ANDA. SEHINGGA ITU, TUNGGU PENGUMUMAN KAMI DALAM MASA TERDEKAT INI.

CozyGroups.

……………………………………………………………………………………

Pihak Pengurusan CozyGroups sedang mengemaskini laman ITMS di

  1. ebay.com.my;
  2. http://ikanterubokmasinsarawak.wordpress.com
  3. http://www.iklanpercuma.com/viewad.asp?id=2401243999136219
  4. http://ikanterubokmasin.itrademarket.com/profile/cozy-groups.htm

Sila ambil perhatian: Terdapat perubahan harga pada ITMS Cozygroups di mudah.com.my

…………………………………………………………………………………….

Minggu lalu 8/9/2008, pihak Cozy Groups menerima banyak tempahan dari para pembeli Ikan Terubok Masin Sarawak dimana pihak kami hampir kehabisan stok. Kebanyakkan pembeli online membeli disekitar Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Kedah, Singapura dan sebagainya yang membeli dalam kuantiti yang banyak.

Pihak Cozy Groups juga menerima banyak e-mail, SMS serta panggilan telefon bertanyakan Ikan Terubok Masin Sarawak. Kami memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua e-mail serta SMS dengan segera. Walaubagaimanapun kami kami cuba memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Ada pula yang bertanyakan adakah setiap pesanan (order) Ikan Terubok Masin Sarawak akan dapat percuma dan sebagainya.

Untuk makluman Anda, Ikan Terubok Masin Sarawak yang PERCUMA hanya akan diberi pada bulan Oktober iaitu 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2008. Dengan setiap pembelian atau pesanan pada bulan Oktober akan diberi seekor Ikan Terubok Masin Sarawak PERCUMA. Ini adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada anda sepanjang penglibatan kami dalam urusan perniagaan Ikan Terubok Masin Sarawak.

…………………………………………………………………………………….

Pertanyaan Dari Pembeli Online

Ada pembeli yang menanyakan samada pesanan termasuk kos pengangkutan. Dan bagaimana membuat pesanan.

Disini kami ingin memaklumkan bahawa semua pesanan melalui Online tidak termasuk kos pengangkutan.

Contoh Pengiraan dan Pesanan Online Sahaja:

Jika anda ingin membeli 6 ekor Ikan Terubok Masin Sarawak (ITMS)
(Pilihan A, Harga Seekor RM6.00)
(Harga seekor RM6.00 x 6 ekor = RM36.00)
Anda hanya perlu Bank In RM36.00 sahaja.

Anda hanya perlu email atau SMS kepada kami PILIHAN ANDA dan JUMLAH TEMPAHAN, selepas itu kami akan maklumkan jumlah kos penghantaran. Mudah dan Murah

Kami di Cozy Groups ingin memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang berada di Kuching sahaja dan ingin membuat pesanan, kos pengangkutan adalah percuma.

…………………………………………………………………………………….

Ikan Terubok Masin Sarawak (ITMS) sangat sesuai untuk juadah berbuka puasa.

ianya juga boleh menjadi hidangan untuk majlis perkahwinan atau majlis-majlis lain. Oleh itu jangan lepaskan peluang membeli ikan terubokmasin sarawak (ITMS) dari Cozygroups.

Murah dan mudah.

…………………………………………………………………………………..

Pengusaha Restoran atau Gerai-Gerai Makan

Pihak Cozygroups ada menerima pertanyaan samada dapat membekal Ikan Terubok Masin Sarawak ke restoran atau gerai-gerai makan.

Pihak kami amat mengalu-galukan sebarang tempahan dari pengusaha restoran atau gerai-gerai makan. Kami harap anda sebagai pengusaha restoran dapat memperkenalkan produk ikan terubok masin dari Sarawak ini.

Bagi pemilik restoran Malaysia yang mengusaha luar negara, kami amat berharap anda juga dapat memperkenalkan Ikan Terubok Masin Sarawak ini kerana terdapat permintaan khususnya bagi rakyat malaysia yang melanjutkan pelajaran/ menetap di luar negara atau bekerja di luar negara.

Terima kasih
Cozy Groups

…………………………………………………………………………………….
29/09/2008
Komen Para Pembeli

Cozy Groups ada menerima e-mail dari para pembeli Online bahawa mereka ada membeli ikan terubok masin dari Pembekal Yang Lain dan mengatakan ikan terubok masin yang mereka beli itu bukan ikan terubok masin yang “ORIginal” walaupun telah maklum mengenai perkara ini daripada laman blog Cozy Groups. Kami bertanya kenapa tidak buat aduan kepada penjual itu sendiri dan mereka kata macam-macam alasan atau tidak dilayan.

Kami di Cozy Groups tidak dapat memberi apa-apa komen atau penjelasan. Yang jelas, kami harap pembeli di luar sana dapat mengenal pasti ikan terubok masin sarawak yang ORIginal dan yang bukan ORIginal dengan berbekalkan maklumat yang diberi oleh pihak kami seperti di laman blog ini atau http://ikanterubokmasin.wordpress.com. Sayang sekali, bila sudah order dan tempahan tersebut dah sampai baru tahu, ikan terubok masin itu diimport.(Oleh itu, TEPUK DADA TANYA SELERA)

Cozy Groups hanya membekal/ menjual Ikan Terubok Masin Sarawak(ITMS) yang ORIginal sahaja kepada pembeli.

Harap maklum
Cozy Groups

About these ads

One Comment

  1. Tempahan telah diterima. Ikan terubok masin anda memang enak. Seluruh keluarga i suka makan ikan terubok masin malah ada ahli keluarga yang lain minta tapi tak cukup. Nanti I order lagi.

    Tq


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: